Saturday, February 25, 2012

TARANNUM IRAQI

المقام العراقي
 
Bacaan di atas dari Sheikh Mustafa Ismail. Tarannum/maqam Iraqi dapat diamati sehingga saat ke 30. selepas itu Sheikh wuslah dengan sedikit maqam Hijaz Kurd. selepas 1.04 barulah maqam Hijaz jelas di alunkan.

Walaupun Iraqi adalah lagu asas, namun ia jarang dialunkan secara sendiri apabila dibaca secara bacaan mujawwad (bacaan tilawah). Selalunya maqam Iraqi digabungkan dengan maqam Hijaz dan Sikah.

Sheikh Mustafa Ismail apabila berpindah kepada maqam Hijaz, beliau akan "masuk secara bersopan" dengan menggunakan Iraqi sebagai permulaan untuk mengurangkan ketegangan Maqam Hijaz dikatakan agak "tegas".(penulis sendiri sudah lupa dekat mana penulis dengar pendapat ini.)

Maqam Iraqi adalah lagu asas yang berdiri sendiri yang selalu disalah ertikan dengan maqam Sikah Iraqi. Iraqi dan Sikah Iraqi adalah dua alunan yang berbeza. Sikah Iraqi adalah gabungan maqam Sikah dan Iraqi.

  Jika ada sesiapa yang mempunyai recording bacaan murattal Sheikh Mahmud Khalil Husairy, beliau kadang kala membaca Al-Quran dengan maqam Iraqi dengan lebih jelas untuk tempoh yang lebih panjang.

 
video di atas contoh jawab kurdi-iraqi-husaini