Petikan bacaan video di atas menunjukkan variasi tarannum Bayati bada
ayat 4 dan 5 pada surah at-Tahrim oleh Syeikh Mustafa Ismail
Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri nabi (Hafsah dan 'Aisyah) berasa cemburu dengan Zainab yang telah menghidangkan madu yang menjadi kegemaran Rasulullah kepada baginda nabi Muhammad saw. Lalu Hafsah dan Aisyah telah berpakat supaya mereka berdua mengatakan mulut nabi berbau pada masa dan tempat yang berlainan.
Nabi mengharamkan madu kepada diri baginda hanya untuk menyenangkan hati para isteri baginda. Lalu Allah menceritakan perihal bicara Aisyah dan Hafsah ini kepada Rasulullah. Teguran Allah terhadap Rasulullah kerana mengharamkan meminum madu yang halal untuk mencari keredhaan isteri-isterinya dan teguran tentang sikap para isteri baginda juga telah tercatat di dalam surah al-tahrim ayat 1-5.