Monday, August 27, 2012

Surah At-tahrim 4-5 with Maqam Bayati by Syeikh Mustafa Ismail



Petikan bacaan video di atas menunjukkan variasi tarannum Bayati bada ayat 4 dan 5 pada surah at-Tahrim oleh Syeikh Mustafa Ismail 

Di dalam al-Qur'an telah dipaparkan bagaimana peristiwa yang telah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah dengan isteri -isteri baginda iaitu Hafsah, Aisyah dan Zainab. Kisah berkenaan Rasulullah dalam menghadapi perwatakan isterinya ini ada dalam  surah at-Tahrim ayat 1-5.

Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri nabi (Hafsah dan 'Aisyah) berasa cemburu dengan Zainab yang telah menghidangkan madu yang menjadi kegemaran Rasulullah kepada baginda nabi Muhammad saw. Lalu Hafsah dan Aisyah telah berpakat supaya mereka berdua mengatakan mulut nabi berbau pada masa dan tempat yang berlainan.

Nabi mengharamkan madu kepada diri baginda hanya untuk menyenangkan hati para isteri baginda. Lalu Allah menceritakan perihal bicara Aisyah dan Hafsah ini kepada Rasulullah. Teguran Allah terhadap Rasulullah kerana mengharamkan meminum madu yang halal untuk mencari keredhaan isteri-isterinya dan teguran tentang sikap para isteri baginda juga telah tercatat di dalam surah al-tahrim ayat 1-5.


Surah At-Tahrim with Maqam Soba by Syeikh Mustafa Ismail



Petikan bacaan menggunakan Maqam Soba, Ajam dan Bayati

Tuesday, August 7, 2012

Syeikh Mustafa Ismail bersama Muhammad Abdul Wahab

  
Video di atas amat "rare", menunjukkan satu majlis yang dihadiri oleh Syeikh Mustafa Ismail dan Muhammad Abdul Wahab. Amat mencuit hati melihat mereka "bertepuk tampar" dan gelagat pak-pak Arab-Mesir dengan suasana dan budaya mereka juga pengaruh British yang amat menebal dalam kehidupan (makan pun pakai sudu).
Muhammad Abdul Wahab ( Bahasa Arab : محمد عبد الوهاب), juga ditransliterasi Mohammed Abd el-Wahaab (MAC 13, 1902 - 4 Mei 1991)  adalah penyanyi dan komposer Arab Mesir abad ke-20 yang terkenal  . Beliau menggubah "Ya Beladi" (juga dikenali sebagai " Libya, Libya, Libya ") lagu Negara Libya yang digunakan oleh Kerajaan Libya 1951-1969 dan sekali lagi oleh kerajaan selepas Gaddafi peralihan pada tahun 2011. [2] Beliau juga mengarang lagu kebangsaan Tunisia , " Humat al-Hima . "




Berikut adalah pendapat daripada Muhammad Abdul Wahab, seorang komposer muzik, tentang bacaan Syeikh Mustafa Ismail : 

"Dia (Syeikh Mustafa Ismail) amat mengagumkan dalam seni, beliau mengagumkan dalam pemgawalan suaranya, dan apabila beliau membaca Al-Quran, ia mengejutkan pendengar dengan laluan makam yang tidak diduga,"




kredit:

Friday, July 6, 2012

tarannum kurdi

dalam bacaan secara mujawwad, tarannum ini tidak berdiri sendiri; seselalunya digabungkan dengan tarannum yang lain seperti bayati, nahawand, hijaz dan sebagainya. maka terbitlah nama-nama tarannum seperti Bayati Kurdi, Nahawand Kurdi, Hijaz Kurd dan Hijaz Kar Kurd. berikut adalah sedikit contoh.


Thursday, June 14, 2012

GAYA BACAAN SYEIKH RAGHIB MUSTAFA GHALWASH

SYEIKH RAGHIB MUSTAFA GHALWASH membawa suatu uslub/gaya bacaan. keunikkan beliau dari susunan burdah yang tersendiri dan halus disamping menekankan mahattah yang unik dan menarik. ada beberapa qari yang mengambil gaya bacaan beliau, antaranya :


1. Sheikh Ahmad bin Yusuf Al Azhari

beliau adalah anak murid Syeikh Mustafa Galwash. Beliau berasal dari Bangladesh. beliau mangambil 100% jalan bacaan guru beliau, baik dari segi suara, gaya tangan, pergerakan muka dll....

2. Tirmizi Hj Ali
Juara Akademi Al-Quran 5, berkelulusan universiti di Mesir. Beliau mungkin tidak pernah berguru dengan Syeikh Mustafa Ghalwash namun beliau berjaya menerapkan gaya qari mukhtabar tersebut disamping gaya Syeikh Shahat Muhammad Anwar dan Dr Ahmad Naina.

RAKAMAN AHMAD NAINA BERTALAQQI BERSAMA MUSTAFA ISMAIL


Rakaman yang rare ni adalah sesi Dr Ahmad Naina bertalaqqi bersama Syeikh Mustafa Ismail berpandukan surah Ad-Duha. Dr Ahmad Naina menerapkan pelbagai tarannum serta cabang-cabangnya.

Saturday, February 25, 2012

TARANNUM IRAQI

المقام العراقي
 
Bacaan di atas dari Sheikh Mustafa Ismail. Tarannum/maqam Iraqi dapat diamati sehingga saat ke 30. selepas itu Sheikh wuslah dengan sedikit maqam Hijaz Kurd. selepas 1.04 barulah maqam Hijaz jelas di alunkan.

Walaupun Iraqi adalah lagu asas, namun ia jarang dialunkan secara sendiri apabila dibaca secara bacaan mujawwad (bacaan tilawah). Selalunya maqam Iraqi digabungkan dengan maqam Hijaz dan Sikah.

Sheikh Mustafa Ismail apabila berpindah kepada maqam Hijaz, beliau akan "masuk secara bersopan" dengan menggunakan Iraqi sebagai permulaan untuk mengurangkan ketegangan Maqam Hijaz dikatakan agak "tegas".(penulis sendiri sudah lupa dekat mana penulis dengar pendapat ini.)

Maqam Iraqi adalah lagu asas yang berdiri sendiri yang selalu disalah ertikan dengan maqam Sikah Iraqi. Iraqi dan Sikah Iraqi adalah dua alunan yang berbeza. Sikah Iraqi adalah gabungan maqam Sikah dan Iraqi.

  Jika ada sesiapa yang mempunyai recording bacaan murattal Sheikh Mahmud Khalil Husairy, beliau kadang kala membaca Al-Quran dengan maqam Iraqi dengan lebih jelas untuk tempoh yang lebih panjang.

 
video di atas contoh jawab kurdi-iraqi-husaini