Monday, August 27, 2012

Surah At-tahrim 4-5 with Maqam Bayati by Syeikh Mustafa Ismail



Petikan bacaan video di atas menunjukkan variasi tarannum Bayati bada ayat 4 dan 5 pada surah at-Tahrim oleh Syeikh Mustafa Ismail 

Di dalam al-Qur'an telah dipaparkan bagaimana peristiwa yang telah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah dengan isteri -isteri baginda iaitu Hafsah, Aisyah dan Zainab. Kisah berkenaan Rasulullah dalam menghadapi perwatakan isterinya ini ada dalam  surah at-Tahrim ayat 1-5.

Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri nabi (Hafsah dan 'Aisyah) berasa cemburu dengan Zainab yang telah menghidangkan madu yang menjadi kegemaran Rasulullah kepada baginda nabi Muhammad saw. Lalu Hafsah dan Aisyah telah berpakat supaya mereka berdua mengatakan mulut nabi berbau pada masa dan tempat yang berlainan.

Nabi mengharamkan madu kepada diri baginda hanya untuk menyenangkan hati para isteri baginda. Lalu Allah menceritakan perihal bicara Aisyah dan Hafsah ini kepada Rasulullah. Teguran Allah terhadap Rasulullah kerana mengharamkan meminum madu yang halal untuk mencari keredhaan isteri-isterinya dan teguran tentang sikap para isteri baginda juga telah tercatat di dalam surah al-tahrim ayat 1-5.


Surah At-Tahrim with Maqam Soba by Syeikh Mustafa Ismail



Petikan bacaan menggunakan Maqam Soba, Ajam dan Bayati

Tuesday, August 7, 2012

Syeikh Mustafa Ismail bersama Muhammad Abdul Wahab

  
Video di atas amat "rare", menunjukkan satu majlis yang dihadiri oleh Syeikh Mustafa Ismail dan Muhammad Abdul Wahab. Amat mencuit hati melihat mereka "bertepuk tampar" dan gelagat pak-pak Arab-Mesir dengan suasana dan budaya mereka juga pengaruh British yang amat menebal dalam kehidupan (makan pun pakai sudu).
Muhammad Abdul Wahab ( Bahasa Arab : محمد عبد الوهاب), juga ditransliterasi Mohammed Abd el-Wahaab (MAC 13, 1902 - 4 Mei 1991)  adalah penyanyi dan komposer Arab Mesir abad ke-20 yang terkenal  . Beliau menggubah "Ya Beladi" (juga dikenali sebagai " Libya, Libya, Libya ") lagu Negara Libya yang digunakan oleh Kerajaan Libya 1951-1969 dan sekali lagi oleh kerajaan selepas Gaddafi peralihan pada tahun 2011. [2] Beliau juga mengarang lagu kebangsaan Tunisia , " Humat al-Hima . "




Berikut adalah pendapat daripada Muhammad Abdul Wahab, seorang komposer muzik, tentang bacaan Syeikh Mustafa Ismail : 

"Dia (Syeikh Mustafa Ismail) amat mengagumkan dalam seni, beliau mengagumkan dalam pemgawalan suaranya, dan apabila beliau membaca Al-Quran, ia mengejutkan pendengar dengan laluan makam yang tidak diduga,"




kredit: