Sunday, June 26, 2011

ULTIMATE QUR'AN ARCHIVE

Sebenarnya banyak laman web yang ada untuk mendownload bacaan2 bentuk mujawwad dari qari-qari yang muktabar seperti Mustafa Ismail, Abd Basit Abd Samad, Siddiq Mensyawi, Abul Ainayn Shai'sha dan lain. Salah satu tempat yang mudah adalah


ada banyak qari yang boleh dipilih. dan setiap qari ada banyak file yang disertakan. 


Bacaan Mustafa Ismail yang dimasukkan di sini dalam bentuk rakam live sahaja ada beratus barangkali yang dilampirkan. itu hanya sebahagian kecil yang sempat dirakam, maka berapa banyak Syeikh Mustafa Ismail baca sebenarnya?


sangat mudah untuk download. just klik pada file yang anda mahu. bacaan pada surah Ali Imran ada lebih 30 bacaan, jadi kita boleh dengar pelbagai variasi.


Monday, June 20, 2011

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2011 (MTQ K)

Ketiga-tiga qari lelaki adalah dari peserta rancangan realiti Akademi Al Quran.



TEMPAT PERTAMA : En. Amirahman bin Hj. Abas
NEGERI : Negeri Sembilan
MARKAH : 88.67%

tarannum :bayati, Hijaz, Rast dan Jiharkah (jawab dengan rast))
(dalam AQ 1 pernah dapat no 2 kalau tak silap.)
 

pandangan saya :
  1. mula2 masa dengar rasa pelik, banyak2 peserta tilawah ni, masa dia baca je yang terdengar orang bersahut-sahut takbir...mungkin tanda dia nak menang rasanya..
  2. rasanya takda pun terdengar wuslah yang canggih2 ustaz Amir ni bawa, cuma masa jawab Jiharkah saja beliau jawab dengan Rast
  3. Suara memang tinggi dan dinamik
  4. ada ikhtilal masa tarannum Hijaz
  5. penonton bersemangat lebih kerana bacaan ustaz ni pun betul2 bersemangat



TEMPAT KEDUA : En. Anuar bin Hasin
NEGERI : Perak
MARKAH : 87.67%

tarannum : Bayati, Hijaz, Nahawand dan Jiharkah (Wuslah dengan Soba))
(Johan dalam AQ 2)


TEMPAT KETIGA : Tn. Hj. Ahmad Tirmizi bin Hj. Ali
NEGERI : Terengganu
MARKAH : 87.00%

tarannum : Bayati, Soba (wuslah Nahawand dan jawab dengan Ajam), Hijaz dan Rast)
(Johan dalam AQ 4)


pandangan saya:
  1. masa lagu Soba banyak wuslah; wuslah Soba dengan Nahawand memang nampak canggih sebab jarang kita dengar cuma bila masuk ke Soba balik dia jadi sikit sumbang.
  2. jawab Soba ada keunikkan dan kelainan (ada salalim su'ud)
  3. lepas tarannum Soba nampak kurang semangatnya... 
  4. mungkin juri bahagian tarannum tak blh terima bunyi mahattah dan harakah berulang2
  5. Ustaz Tirmizi ni yang menarik bila dia bawa tarannum Rast sebab ada sedikit kelainan tapi tak ditonjolkan pada kali ini, cuba dengar yang ni: http://www.youtube.com/watch?v=Z5_u3Kd_-qU
-----------
tapi kebanyakkan qari bila dah naik atas pentas...mula datang penyakit serak dan berjangkit2 pulak tu.

Monday, June 13, 2011

RAKAMAN KULIAH 28/5/2011 (KULIAH KE 4)

Pada kuliah kali ini diteruskan dengan hafalan pada Tuhfatul Atfal pada 5 rangkap nazam pembukaan. Kemudian diteruskan dengan ulangkaji pada lagu bayati dan soba dan teruskan dengan tarannum seterusnya. Untuk download sila klik pada tajuk-tajuk di bawah yang telah dipotong mengikut tajuk.

Pada tajuk yang ada hanya dimasukkan potongan bacaan tarannum sahaja bagi memudahkan para pendengar meneliti setiap jumlah atau harakat yang berkenaan. Untuk file yang lain adalah suasana pembelajaran dalam kelas tarannum.


  1. HIJAZ - EDIT
  2. NAHAWAND- EDIT
  3. RAST-EDIT
  4. SIKAH -EDIT
  5. JIHARKAH & BAYATI PENUTUP - EDIT
Kuliah ke 5 akan diadakan pada 25 Jun 2011.

    Thursday, June 9, 2011

    PESERTA MIZMAR ZAHABI dengan tarannum Soba (murattal)




     
    Mizmar Zahabi adalah satu rancangan ala-ala Akademi Al-Quran di timur tengah (mungkin di mesir). Saya tak faham pun apa yang dikatakan oleh mereka  tapi rasanya lebih kurang macamni kot:

    Juri meminta peserta membaca ayat Al-Quran dengan mengunakan tarannum Soba+Ajam dan kembali ke Soba.
    Tetapi peserta telah menjawab dengan mengunakan Soba+Bustanikar*+ Sikah.

    maka Juri telah memberi contoh alunan yang dikehendaki bermula Soba dan naik pada nada jawab pada Ajam dan kembali kepada Soba sebagai penutup.

    adakah anda dapat membezakan nada Soba?Bustanikar?Sikah? yang peserta baca tadi???nampak macam sama aje tapi kalau didengari dengan teliti anda akan dapat perhatikan perbezaan.

    *di malaysia/indonesia lebih popular disebut Bantanjar

    PERBEZAAN AZAN MEKAH DAN MADINAH DAN CONTOH ALUNAN MAQAM SABA DAN NAHAWAND



    di sini syeikh Muhammad Azzawi menerangkan perbezaan alunan azan mekah dan madinah dan dan sedikit tentang maqam2 yang lain.



     Syeikh Muhammad Azzawi menunjukkan sedikit contoh alunan maqam saba dan nahawand dengan menggunakan tausyeik.

    Tuesday, June 7, 2011

    MULTIMEDIA TARANNUM-DOWNLOAD

    Kat cni saya terjumpa satu MULTIMEDIA TARANNUM/ MAQAMAT/ LAGU/ NAGHAM AL-QURAN dekat cni. Walaupun ringkas harap memberi manfaat kepada yang berminat untuk belajar ilmu tarannum.

    KLIK FOR DOWNLOAD

    Di datangkan dalam bahasa arab; walaupun tak faham klik2 aje cam penulis.dia bagi contoh bacaan sheikh2 mesir.

    download , then install. ezi kan?

    Sunday, June 5, 2011

    Qari Muammar Zainul Asyikin


    Jika di Malaysia kita biasa mendengar nama-nama seperti Ismail Hashim, Ahmad Matsom Pergau, Yahya Daud dan lain-lain, di Indonesia pula jika ditanya, siapakah qari yang paling dikenali, tentunya Ustaz Muammar Zainul Asyikin (Muammar ZA) .

    Jika sesiapa yang pernah mendengar bacaan Muammar ZA, pasti teruja dan terpegun dengan suara beliau yang lunak dan mempunyai nafas yang sangat panjang. Beliau boleh membaca surah Al-Fatihah dengan satu nafas sahaja dengan bacaan mujawwad (perlahan). Malah, beliau boleh membaca sepanjang 80 saat dalam satu nafas. Keistimewaan yang luar biasa yang Allah SWT kurniakan kepada beliau jarang-jarang sekali dimiliki oleh kebanyakkan qari.

    Bacaan beliau lebih ke arah uslub Syeikh Abdul Basit Abd Samad, qari lagenda Mesir yang amat terkenal di seluruh dunia.

    Apakah rahsia beliau mempunyai nafas yang sangat panjang?? Sebenarnya beliau pernah terlibat dalam kemalangan lalu lintas di daerah Cirebon menjelang tahun 1990-an. Kenderaan beliau hancur dan beliau luka parah. Doktor telah melakukan pembedahan ke atas diri beliau dan doktor sangat terkejut dimana beliau mempunyai paru-paru yang lebih besar berbanding orang biasa. Mungkin itulah keistimewaan yang Allah berikan kepada beliau. Bagi kita, untuk mendapatkan nafas yang panjang boleh melakukan beberapa latihan dan senaman yang tertentu seperti di bawah:


     panduan latihan pernafasan

    Muammar ZA adalah insan biasa yang dilahirkan di Dusun Pamulihan, Warungpring, Kecamatan Moga, sekitar 40 kilometer selatan ibu kota Kabupaten Pemalang pada tahun 1955. Anak ke tujuh dari sepuluh orang adik beradik dari pasangan  H. Zainal Asyikin dan Hj. Mu’minatul Afifah, yang juga tokoh agama di desanya.

    Sewaktu kecil beliau juga belajar membaca Al Quran seperti kawan-kawannya yang lain. kadang kala beliau mengambil kesempatan belajar dari kakak beliau sendiri, Masykuri ZA apabila kakaknya pulang belajar dari pesantren. Tahun 1962, ia menjuarai MTQ tingkat Kabupaten Pemalang peringkat kanak-kanak. 

    “Waktu itu saya masih memakai celana pendek saat mengaji, he he he,” kenang Muammar. 

    beliau juga diundang untuk membaca AlQuran di majlis perkahwinan atau majlis pengajian. Sedikit lucu,  tiap kali mempersembahkan bacaan, beliau hanya mengulang ayat-ayat yang sama sahaja. Hasil dari tunjuk ajar dari kakak beliau yang pulang dari pesantren, hafalan dan kemahiran beliau meningkat sedikit demi sedikit.

    Keistimewaan beliau adalah seorang qari yang tidak berpantang dalam makanan, asalkan halal. Beliau tidak pernah mencuba gorah (mengunakan ramuan dan jampi tertentu lalu untuk mengeluarkan kahak) kerana berpendapat ianya boleh merosakkan suara jika tidak sesuai dengan diri seseorang itu. Beliau lebih menyarankan istinsyaq, memasukkan air ke hidung lalu mengeluarkan lagi dengan keras semasa mengambil wuduk.

    Beliau seorang yang tidak memilih bulu dalam menghadiri jemputan. Baik di istana Yang Dipertuan Agong Malaysia dan Sultan Hasanah Bolkiah, Brunei, ke hutan gunung, desa-desa, dan segala ceruk rantau. Pernah diberi peluang masuk ke dalam Kaabah dan mengalunkan Al-Quran semasa wukuf di Arafah .

    Pernah beliau menceritakan pengalaman dijemput ke daerah Garut. Perjalanan beliau dengan mengunakan pacuan empat roda terpaksa meredah naik turun gunung dengan menggunakan ojek (menurut google transelator = motorcycle taxi) dan kemudian perlu berjalan kaki pula selama empat jam. Akibat keletihan, beliau ditandu oleh orang kampung sampai ke ceruk desa tersebut. Sesampainya beliau jam 12 malam, beliau terus mengalunkan bacaan hingga 2.30 pagi dam kembali ke kota Garut pada jam 8.30 pagi ke esokkan harinya. 
    Selagi beliau mampu menerima jemputan beliau tidak memilih-milih. Dari koceknya ia membayar sekitar 500 ribu kepada para pemandunya.
    “Niat saya itu kan berkhidmah,” tutur Muammar dengan rendah hati.
    “Istana, saya datangi. Pelosok kampung pun, saya kunjungi.”

     berikut antara video bacaan beliau yang sangat terkenal (versi berduet dengan H.Chumaidi)
    perhatikan pada minit yang ke 3.12, mereka baca 70 saat dalam satu nafas!!
    disamping itu rentak yang dibuat serentak dan sama walaupun di selang seli dengan saktah pada minit 5.19.
    boleh kata macam mereka berdua macam di set dalam satu program supaya pergerakkan burdah dan suara nya sama!!!





    yang lain2 boleh tgk kat youtube


    ********************************
    kredit:
    1. http://id.wikipedia.org/wiki/Muammar_Z.A.
    2. http://ahmad-iftah-shiddiq.blogspot.com/2006/03/ustad-muammar-za.html
    3. http://mediadidik.blogspot.com/2010/02/mp3-murottal-h-muammar-za.html (download 30 juzuk)
     

    Friday, June 3, 2011

    Contoh tarannum daripada Syeikh Shahat Mohammad Anwar

    Beliau mempunyai gaya bacaan tersendiri yang agak berlainan sedikit dari uslub Syeikh Mustafa Ismail yang menjadi majoriti ikutan qari. Gaya bacaan beliau terus dibawa oleh anak-anak beliau sendiri, Mahmood Shahat dan Anuar Shahat. Manakala di Malaysia, Juara AQ4, Ahmad Tirmizi Ali dilihat memiliki gaya bacaan Syeikh Shahat Mohammad Anwar yang menjadi idola beliau sendiri.

    Surah Haqqah oleh Dr Ahmad Naina, Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Abd Munim Tuhi, Syeikh Abd Basit, Rafat Husaain, Ust Yahya Daud


    Dr Ahmad Nuaina ; Maqam Rast dan Sikah


    Syeikh Mustafa Ismail ; Maqam Sikah


    Syeikh Abd Munim Tuhi ; Maqam Rast


    Syeikh Abd Basit Abd Samad ; Maqam Bayati


    Syeikh Abd Basit Abd Samad ; Maqam Bayati
    (cuba tgk minit ke 7.14, pak syeikh kat belakang tu terpegun sok mo)


    Syeikh Rafat Hussain ; Maqam Sikah



    Ust Yahya Daud (Johan MTQA 1999) ; Maqam Rast dan Jiharkah (mirip bacaan Mustafa Ismail)

    maqam Rast, Jiharkah dan Sikah Dr Ahmad Naina