Tuesday, October 25, 2011

Hj Mu'min Mubarok & Sharifah Khasif

Kenapa gaya bacaan Sharifah Khasif sekarang dah sebijik macam Qari Indonesia, Hj. Mu'min Mubarok?
Adakah Syarifah tiru Hj. Mu'min?
atau idola syarifah adalah Hj Mu'min?
rasanya sudah tentu, lagu dan burdah2 tertentu yang sama..
atau Hj. Mu'min mengambil bacaan qari2 Mesir terdahulu yang aku belum jumpa lagi siapa orangnya...?

adakah kerana mereka juara MTQ jadi ada persamaan?
aku tak dapat jawablah...!!




ni masa johan MTQ2008~ coz video ni aku tgk dulu, dan masanya lebih awal, maka bagiku yang ini nampak keasliannya... 


sharifah 1


Sharifah kali kedua

Saturday, October 8, 2011

Emosi dan perasaan dalam tarannum

setiap lagu ada perasaan dan kejiwaan yang tersendiri
kalau mereka yang mengambil subjek KKQ atau menonton Mari bertarannum sudah tentu tau serba sedikit dengan sifat setiap tarannum

sekurang-kurangnya, kita perlu tahu sifat-sifat sesebuah lagu atat tarannum yang dialunkan supaya ciri alunan tarannum itu hadir dengan emosinya yang tersendiri

bayangkan tarannum Soba dibaca seperti Rast, sudah tentu hilang identiti tarannum Soba...

Menurut Touma, Habib Hassan (1996) dalam buku mereka yang bertajuk The Music of the Arabs,setiap maqam/tarannum membangkitkan emosi dan perasaan yang tertentu.

Rast :  membangkitkan kebanggaan, kuasa, keteguhan fikiran, dan kelakian
Bayati  : kesihatan, kegembiraan, dan feminity
Sikah:   cinta
Saba:    kesedihan dan kesakitan.
Hijaz:    padang pasir jauh

dalam satu kajian yang dilakukan dimana alunan Soba diperdengarkan terhadap orang arab dan bukan arab, mereka diminta untuk merekodkan emosi . 
hampir semua orang berbangsa arab merekodkan Soba sebagai "sedih", "tragis", dan "tangisan"  

48 peratus daripada orang bukan Arab  merekodkan Soba sebagai "sedih", "tragis", dan "tangisan"
28 peratus perasaan menggambarkan seperti "serius", "rindu", dan ketegangan "
6 peratus perasaan yang berpengalaman seperti" bahagia "," aktif ", dan "sangat meriah
10 peratus dikenal pasti tiada perasaan.
Secara umum, setiap maqam membangkitkan emosi yang berbeza dalam pendengar.  Sesetengah rujukan menggambarkan mood maqam yang menggunakan sangat samar-samar dan subjektif istilah (maqams contohnya evoking 'cinta', 'kewanitaan', 'kebanggaan' atau 'padang pasir jauh'). Walau bagaimanapun tidak ada apa-apa penyelidikan yang serius yang menggunakan kaedah saintifik ke atas sampel pelbagai pendengar (sama ada Arab atau bukan Arab) membuktikan bahawa mereka merasakan emosi yang sama apabila mendengar maqam sama.
credit : wikipedia

Saturday, October 1, 2011

Mumin Ainul Mubarak - johan MTQA 2008

Sheikh Mumin Ainul Mubarak_Surah Al-Anaam,Qisar Faisal Masjid Islamabad Pakistan ,14-03-09. lembut saja bacaan beliau tapi nafas juga panjang. terserlah identiti gaya indonesia namun tetap berlahjah arab dan kadang-kadang terdengar lahjah pakistan!!! pada bacaan beliau.

kadang2 ada gaya Ahmad Naina, Abdul Basit pun ada, paling banyak macam Hajjaj Hindawi



(tengok gelagat dua orang yang sedang membetulkan mic...!!!!)