Sunday, March 27, 2011

RAKAMAN KULIAH KE-2, 26/3/2011


Dalam kuliah yang kedua ini kami mulakan pelajaran dengan mempelajari sedikit matan  yang di ambil daripada Imam al-Jamzuri Rahimahullah (Kitab Tuhfatul Atfal) berkenaan dengan ilmu tajwid. Kemudiannya kami diperkenalkan dengan Riwayat Imam Hafs Al-Asim yang banyak digunakan dalam pembacaan di seluruh dunia.

Seterusnya kami diperkenalkan dengan alunan tarannum yang pertama, Bayyati dengan menggunakan Surah Nuh bermula dari ayat yang pertama. Banyak variasi yang didedahkan. Nama-nama tarannum seperti Asmawiyah, Andalusi dan sebagainya yang jarang didengar diajar dalam kelas ini. Walaupun pada mulanya peserta nampak malu2 tapi setelah diajar semua peserta nampaknya bersemangat untuk mengalunkan bacaan walaupun suara kadang-kadang pecah bila sampai tahap Jawabul-jawab yang paling tinggi  (sulaifiah).

Ustaz Wan menekankan perlunya penekanan suara pada tempat yang sepatutnya dan penyesuaian gerak alunan dengan jumlah yang dibaca supaya maksudnya selari dengan tarannum yang dibawa. Pelbagai variasi yang diberikan untuk satu2 jumlah; ada yang berbentuk tegas dan ada yang berbentuk lembut. 

Fokus kali ini adalah pada tarannum Bayyati dan sedikit pada tarannum Soba. Tarannum Hijaz, Nahawand dan Rast diajar secara sepintas lalu sebagai panduan untuk kelas seterusnya. Di sini, disertakan rakaman tarannum bayyati dan soba yang boleh digunakan sebagai panduan .



*klik untuk download 
*tarannum hijaz, nahawand dan rast tidak dapat disertakan atas sebab-sebab teknikal