Monday, June 20, 2011

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2011 (MTQ K)

Ketiga-tiga qari lelaki adalah dari peserta rancangan realiti Akademi Al Quran.



TEMPAT PERTAMA : En. Amirahman bin Hj. Abas
NEGERI : Negeri Sembilan
MARKAH : 88.67%

tarannum :bayati, Hijaz, Rast dan Jiharkah (jawab dengan rast))
(dalam AQ 1 pernah dapat no 2 kalau tak silap.)
 

pandangan saya :
  1. mula2 masa dengar rasa pelik, banyak2 peserta tilawah ni, masa dia baca je yang terdengar orang bersahut-sahut takbir...mungkin tanda dia nak menang rasanya..
  2. rasanya takda pun terdengar wuslah yang canggih2 ustaz Amir ni bawa, cuma masa jawab Jiharkah saja beliau jawab dengan Rast
  3. Suara memang tinggi dan dinamik
  4. ada ikhtilal masa tarannum Hijaz
  5. penonton bersemangat lebih kerana bacaan ustaz ni pun betul2 bersemangat



TEMPAT KEDUA : En. Anuar bin Hasin
NEGERI : Perak
MARKAH : 87.67%

tarannum : Bayati, Hijaz, Nahawand dan Jiharkah (Wuslah dengan Soba))
(Johan dalam AQ 2)


TEMPAT KETIGA : Tn. Hj. Ahmad Tirmizi bin Hj. Ali
NEGERI : Terengganu
MARKAH : 87.00%

tarannum : Bayati, Soba (wuslah Nahawand dan jawab dengan Ajam), Hijaz dan Rast)
(Johan dalam AQ 4)


pandangan saya:
  1. masa lagu Soba banyak wuslah; wuslah Soba dengan Nahawand memang nampak canggih sebab jarang kita dengar cuma bila masuk ke Soba balik dia jadi sikit sumbang.
  2. jawab Soba ada keunikkan dan kelainan (ada salalim su'ud)
  3. lepas tarannum Soba nampak kurang semangatnya... 
  4. mungkin juri bahagian tarannum tak blh terima bunyi mahattah dan harakah berulang2
  5. Ustaz Tirmizi ni yang menarik bila dia bawa tarannum Rast sebab ada sedikit kelainan tapi tak ditonjolkan pada kali ini, cuba dengar yang ni: http://www.youtube.com/watch?v=Z5_u3Kd_-qU
-----------
tapi kebanyakkan qari bila dah naik atas pentas...mula datang penyakit serak dan berjangkit2 pulak tu.

No comments:

Post a Comment