Sunday, June 5, 2011

Qari Muammar Zainul Asyikin


Jika di Malaysia kita biasa mendengar nama-nama seperti Ismail Hashim, Ahmad Matsom Pergau, Yahya Daud dan lain-lain, di Indonesia pula jika ditanya, siapakah qari yang paling dikenali, tentunya Ustaz Muammar Zainul Asyikin (Muammar ZA) .

Jika sesiapa yang pernah mendengar bacaan Muammar ZA, pasti teruja dan terpegun dengan suara beliau yang lunak dan mempunyai nafas yang sangat panjang. Beliau boleh membaca surah Al-Fatihah dengan satu nafas sahaja dengan bacaan mujawwad (perlahan). Malah, beliau boleh membaca sepanjang 80 saat dalam satu nafas. Keistimewaan yang luar biasa yang Allah SWT kurniakan kepada beliau jarang-jarang sekali dimiliki oleh kebanyakkan qari.

Bacaan beliau lebih ke arah uslub Syeikh Abdul Basit Abd Samad, qari lagenda Mesir yang amat terkenal di seluruh dunia.

Apakah rahsia beliau mempunyai nafas yang sangat panjang?? Sebenarnya beliau pernah terlibat dalam kemalangan lalu lintas di daerah Cirebon menjelang tahun 1990-an. Kenderaan beliau hancur dan beliau luka parah. Doktor telah melakukan pembedahan ke atas diri beliau dan doktor sangat terkejut dimana beliau mempunyai paru-paru yang lebih besar berbanding orang biasa. Mungkin itulah keistimewaan yang Allah berikan kepada beliau. Bagi kita, untuk mendapatkan nafas yang panjang boleh melakukan beberapa latihan dan senaman yang tertentu seperti di bawah:


 panduan latihan pernafasan

Muammar ZA adalah insan biasa yang dilahirkan di Dusun Pamulihan, Warungpring, Kecamatan Moga, sekitar 40 kilometer selatan ibu kota Kabupaten Pemalang pada tahun 1955. Anak ke tujuh dari sepuluh orang adik beradik dari pasangan  H. Zainal Asyikin dan Hj. Mu’minatul Afifah, yang juga tokoh agama di desanya.

Sewaktu kecil beliau juga belajar membaca Al Quran seperti kawan-kawannya yang lain. kadang kala beliau mengambil kesempatan belajar dari kakak beliau sendiri, Masykuri ZA apabila kakaknya pulang belajar dari pesantren. Tahun 1962, ia menjuarai MTQ tingkat Kabupaten Pemalang peringkat kanak-kanak. 

“Waktu itu saya masih memakai celana pendek saat mengaji, he he he,” kenang Muammar. 

beliau juga diundang untuk membaca AlQuran di majlis perkahwinan atau majlis pengajian. Sedikit lucu,  tiap kali mempersembahkan bacaan, beliau hanya mengulang ayat-ayat yang sama sahaja. Hasil dari tunjuk ajar dari kakak beliau yang pulang dari pesantren, hafalan dan kemahiran beliau meningkat sedikit demi sedikit.

Keistimewaan beliau adalah seorang qari yang tidak berpantang dalam makanan, asalkan halal. Beliau tidak pernah mencuba gorah (mengunakan ramuan dan jampi tertentu lalu untuk mengeluarkan kahak) kerana berpendapat ianya boleh merosakkan suara jika tidak sesuai dengan diri seseorang itu. Beliau lebih menyarankan istinsyaq, memasukkan air ke hidung lalu mengeluarkan lagi dengan keras semasa mengambil wuduk.

Beliau seorang yang tidak memilih bulu dalam menghadiri jemputan. Baik di istana Yang Dipertuan Agong Malaysia dan Sultan Hasanah Bolkiah, Brunei, ke hutan gunung, desa-desa, dan segala ceruk rantau. Pernah diberi peluang masuk ke dalam Kaabah dan mengalunkan Al-Quran semasa wukuf di Arafah .

Pernah beliau menceritakan pengalaman dijemput ke daerah Garut. Perjalanan beliau dengan mengunakan pacuan empat roda terpaksa meredah naik turun gunung dengan menggunakan ojek (menurut google transelator = motorcycle taxi) dan kemudian perlu berjalan kaki pula selama empat jam. Akibat keletihan, beliau ditandu oleh orang kampung sampai ke ceruk desa tersebut. Sesampainya beliau jam 12 malam, beliau terus mengalunkan bacaan hingga 2.30 pagi dam kembali ke kota Garut pada jam 8.30 pagi ke esokkan harinya. 
Selagi beliau mampu menerima jemputan beliau tidak memilih-milih. Dari koceknya ia membayar sekitar 500 ribu kepada para pemandunya.
“Niat saya itu kan berkhidmah,” tutur Muammar dengan rendah hati.
“Istana, saya datangi. Pelosok kampung pun, saya kunjungi.”

 berikut antara video bacaan beliau yang sangat terkenal (versi berduet dengan H.Chumaidi)
perhatikan pada minit yang ke 3.12, mereka baca 70 saat dalam satu nafas!!
disamping itu rentak yang dibuat serentak dan sama walaupun di selang seli dengan saktah pada minit 5.19.
boleh kata macam mereka berdua macam di set dalam satu program supaya pergerakkan burdah dan suara nya sama!!!





yang lain2 boleh tgk kat youtube


********************************
kredit:
  1. http://id.wikipedia.org/wiki/Muammar_Z.A.
  2. http://ahmad-iftah-shiddiq.blogspot.com/2006/03/ustad-muammar-za.html
  3. http://mediadidik.blogspot.com/2010/02/mp3-murottal-h-muammar-za.html (download 30 juzuk)
 

No comments:

Post a Comment