Sunday, August 7, 2011

Maqam/tarannum Soba oleh Syeikh Mustafa Ismail



Bacaan pada surah Qaf ayat 2 hingga 7 menggunakan Maqam Soba dengan wuslah Bayati dan Ajam (penutup akhir dengan nahawand). Bacaan ini adalah petikan dari dua waktu bacaan yang berlainan. Bacaan kedua adalah bermula dari minit ke 4.10.

  • Perdengarkan pada minit ke 0.36, mahattah (penutup harakat) akhir dengan maqam Bustanikar
  • cuba dengar pada minit ke 0.55, ayat pertama adalah ayat pertanyaan, maka alunannya pun menunjukkan pertanyaan, tetapi selepas itu ayat kedua , minit 1.04 adalah jawapan, nadanya mula berubah.
  • ayat ke 5 1.41 adalah maqam bayati, perdengarkan pada perkataan lamma jaa, ada keistimewaan di situ.
  • pada 1.56, beliau menekankan pada perkataan fi (dalam) menunjukkan mereka benar-benar dalam kebingungan.
  •  pada 2.47, beliau menggunakan nada jawab pada perkataan samaa, menunjukkan sesuai keadaan langit yang tinggi
  • sekali lagi persoalan pada ayat " bagaimana Kami (Allah) meninggikannya?".
  • pada 4.47 - 4.57 adalah wuslah maqam Ajam, dan disambung kembali dengan jawab Soba.

----------------
sumber : http://www.quranarchive.org/english/

No comments:

Post a Comment